BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 13 December 2011

gurlp..jadi imam??ujian2..

azan berkumandang...
bju melayu y disarung tadi ditanggal semula kerana terlupa mengambil wudhuk
lalu kaki disusun ke tandas untuk menyucikan diri
siap berwudhuk, baju dicapai dan sambil berjalan aku menyarung baju melayu ke badan
sebaik membuka pintu,aku menyarung selipar dan berlalu ke motosikal GT128 ku
kunci diputar dan....
theeeeeet,,,broom...brooommmm,,,,brooommm..
minyak dipulas....
dengan berbekalkan kemahiran yang ada pada diri
motosikal itu memecut laju selaju 60km/h
walaupun jalan berselekoh banyak dan banyak lubang-lubang yang perlu dielak
aku tidak peduli,,jalan itu aku lah KING nya...
lagipun aku sudah terlewat tadi..

sebaik tiba di perkarangan masjid,aku berasa pelik kerana jemaah masih belum mendirikan
solat fardhu Isya' dan masih ada yang bersembang..(masih sempat lagi uh...)
motosikal ku tongkat dan aku berlari anak masuk ke dalam masjid
sempat aku membaca doa masuk masjid dan berniat iktikaf
seperti biasa,,kalau aku agak terlewat ke masjid, port  aku sudah tentunya di koridor masjid
tetibe,,,,

"assalamualaikum.mi, jd imam mi..tuan imam n bpk kaw xde larh,"bilal muda masjid uh menyapa aku
'gurlp....adoyai!cmne ni??aku da pencen la weh'
"hah??pak imam xde???ermm,,ye lah,"aku cuma mampu mengiyakan.tak tahu kenapa ayat tu yang terpacul keluar 
dari mulut aku. kemudian,baru lah rasa macam nak ambil mercun bola letak dalam mulut atau macam nak pi
hantuk je kepala kt tiang tu.
semasa bilal tu iqamat,aku berdiri di sebelahnya
'la ilaha illallah~~~'
gurlpp...masih tak ada tanda-tanda pak imam datang.bunyi motor dia pun tak ada
aku melangkah ke depan,step by step sambil usha2,takut-takut ada pak cik lain
yang lebih layak jadi imam daripada aku
hmmpphh,,putus harapan...nampaknya tak ada


bila berdiri atas sejadah imam,ujian lain pula datang
maklumlah,,,dah bulan syawal...syaitan dah ada balik
syaitan pun bisik macam2 kat aku
'huhu,,bgge ny aku...imam muda bro'
astaghfirullahalazim..aku melawan
'aku nak wat infithar laa...biar ternganga pakcik2 ni dgr lgu mishari y aku bawak'
astaghfirullahalazim,mi..ikhlas kan niat mi woi...
syaitan akan sesatkan semua makhluk Allah kcuali hmbaNya yang ikhlas
kaw kene pgg tu 15:39-40

surah ke 15:ayat 39-40
maksudnya:
39)ia (Iblis) berkata,"Tuhanku, oleh kerana Engkau telah putuskan bahawa aku sesat,
aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, dan 
aku akan menyesatkan mereka semua
40) kecuali hamba-hambaMu yang terpilih (dlm ayt,Allah gunakan perkataan almukhlasin=org2 y ikhlas p/s:check sendiri =p)

kau kena pegang tu ,fahmi!!!
au'zubillahi mina assyaitani arrajim
bismillahirrahmanirrahim~~~
Allahu Akbar..........

p/s:cume sedikit nasehat utk sahabat2 terchenta,,susah jaga niat..selalulah check niat kita,,
dan selalulah niatkan lah untuk Allah agar dpt pahala ibadah...selamat beribadah =)

0 comments: