BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 23 December 2011

KELEBIHAN PUASA SUNAT

    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                         
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

  Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                       
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

  Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                      
  Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)


Tuesday 13 December 2011

gurlp..jadi imam??ujian2..

azan berkumandang...
bju melayu y disarung tadi ditanggal semula kerana terlupa mengambil wudhuk
lalu kaki disusun ke tandas untuk menyucikan diri
siap berwudhuk, baju dicapai dan sambil berjalan aku menyarung baju melayu ke badan
sebaik membuka pintu,aku menyarung selipar dan berlalu ke motosikal GT128 ku
kunci diputar dan....
theeeeeet,,,broom...brooommmm,,,,brooommm..
minyak dipulas....
dengan berbekalkan kemahiran yang ada pada diri
motosikal itu memecut laju selaju 60km/h
walaupun jalan berselekoh banyak dan banyak lubang-lubang yang perlu dielak
aku tidak peduli,,jalan itu aku lah KING nya...
lagipun aku sudah terlewat tadi..

sebaik tiba di perkarangan masjid,aku berasa pelik kerana jemaah masih belum mendirikan
solat fardhu Isya' dan masih ada yang bersembang..(masih sempat lagi uh...)
motosikal ku tongkat dan aku berlari anak masuk ke dalam masjid
sempat aku membaca doa masuk masjid dan berniat iktikaf
seperti biasa,,kalau aku agak terlewat ke masjid, port  aku sudah tentunya di koridor masjid
tetibe,,,,

"assalamualaikum.mi, jd imam mi..tuan imam n bpk kaw xde larh,"bilal muda masjid uh menyapa aku
'gurlp....adoyai!cmne ni??aku da pencen la weh'
"hah??pak imam xde???ermm,,ye lah,"aku cuma mampu mengiyakan.tak tahu kenapa ayat tu yang terpacul keluar 
dari mulut aku. kemudian,baru lah rasa macam nak ambil mercun bola letak dalam mulut atau macam nak pi
hantuk je kepala kt tiang tu.
semasa bilal tu iqamat,aku berdiri di sebelahnya
'la ilaha illallah~~~'
gurlpp...masih tak ada tanda-tanda pak imam datang.bunyi motor dia pun tak ada
aku melangkah ke depan,step by step sambil usha2,takut-takut ada pak cik lain
yang lebih layak jadi imam daripada aku
hmmpphh,,putus harapan...nampaknya tak ada


bila berdiri atas sejadah imam,ujian lain pula datang
maklumlah,,,dah bulan syawal...syaitan dah ada balik
syaitan pun bisik macam2 kat aku
'huhu,,bgge ny aku...imam muda bro'
astaghfirullahalazim..aku melawan
'aku nak wat infithar laa...biar ternganga pakcik2 ni dgr lgu mishari y aku bawak'
astaghfirullahalazim,mi..ikhlas kan niat mi woi...
syaitan akan sesatkan semua makhluk Allah kcuali hmbaNya yang ikhlas
kaw kene pgg tu 15:39-40

surah ke 15:ayat 39-40
maksudnya:
39)ia (Iblis) berkata,"Tuhanku, oleh kerana Engkau telah putuskan bahawa aku sesat,
aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, dan 
aku akan menyesatkan mereka semua
40) kecuali hamba-hambaMu yang terpilih (dlm ayt,Allah gunakan perkataan almukhlasin=org2 y ikhlas p/s:check sendiri =p)

kau kena pegang tu ,fahmi!!!
au'zubillahi mina assyaitani arrajim
bismillahirrahmanirrahim~~~
Allahu Akbar..........

p/s:cume sedikit nasehat utk sahabat2 terchenta,,susah jaga niat..selalulah check niat kita,,
dan selalulah niatkan lah untuk Allah agar dpt pahala ibadah...selamat beribadah =)

Monday 5 December 2011

SARJANA PULAK...


SEKOLAH MENENGAH RAJA DR NAZRIN SHAH.....seklah baruku selepas tamat tgkatn 3 di mts.....mule2 masok memg kekok dengan kawan baru....tapi lama2 ok la.....sklh ini merupakn sklh bawah jaip negeri perak...disini aku dpt mengenali rakan 2 yg baru yg selalu memberi sokongan kepadaku....banyak perkara baru yg aku dapt sepanjag barada disini...
gelagat G9
jamuan raya 2011
mencari ketenangan menghafal for thanawi..
OMAR "abg macho" strugle for final exam..
khusyuk......

Sunday 4 December 2011

DI SINI LANGKAHKU BERMULA


MAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN......sebuah sekolah dibawh yayasan islam kelantan...di sinilah mula langkahku sebagai hammalatul quran.....disilah aq mula hidup berdikari mengenal erti hidup yg sebenar...pengalamn banyak mengajar aku menjadi seorang insan....sekolah ini merupakn sekolah aliran tahfiz dan sains....di dalam sebuah kampung yg terpencil....di kelantn negeri serambi mekah...disinilah tempat aku menimba ilmu dari ustaz2 yg hebat hebat belaka....namun aku hanya dapat menjejakkan kaki di bumi mts hanya 3 tahun....kerana sklh ini tidk menyediakn aliran sains di tinkatn empat.....segala kenangan pahit manis bersam rakn2 menjadi memori di kotak memoriku....terima kasih kepada semua pendidik mts yg telh penat lelah mengajar aq sepan jng berada di bumi mts........
kenangan kelas 3 ibnu khaldun
kenangan lawatan kl
guru al-quran dari mesir.....

GRADUASI  TAHFIZ PERINGKAT NEGERI KELANTAN

majlis graduasi tahfiz diadakn di balai islam lundang kelantan bagi penyerahan sijil kepada para huffaz yg berjaya menamatkan sukatan hafazan....majlis ini dirasmikan sendiri oleh tok guru nik aziz nik mat,menteri besar negeri kelantan...
kenagan bersama keluarga tecinta..
baersama rakn dn mudir...
tok guru nik aziz nik mat....

BACAAN SHEIKH MAHIR...

Saturday 3 December 2011

LAMBAIAN KAABAH 2010

assalamualaikoom...
lm blog ni nk cte r sket psl kt0wg g mkah bwu2 neh....hahahaa...
bez gleerr...ye r spe x bez klo ley wt umra kan...huhu

okehy...klo nk tw cte ni...
bce r smp abeeh..!!!


Perjalanan untuk pergi ke Mekah sungguh mendebarkan kerana ini adalah pengalaman pertama bagi semua peserta Lambaian Kaabah 10.Peserta Lambaian Kaabah 10 terdiri daripada 30 orang pelajar dan beberapa orang guru dan waris masing-masing.Semuanya adalah 40 orang.Kami semua berkumpul di KLIA pada jam 12 tengah hari.Selepas itu semua peserta pergi solat jama' zohor dan asar di musolla.Pada jam 2.30 petang semua peserta diarah berkumpul untuk diberikan passport dan kad travel masing-masing.Pelajar-pelajar yang bertolak dari KLIA bersalaman dengan ibu-bapa dan ahli keluarga masing-masing.Sungguh menyedihkan,ada yang sampai ibu bapanya menangis.Sunnguh terharu.Selepas itu,Pada jam 4.30 petang telah berangkatlah semua peserta Lambaian Kaabah 10 ke dubai dan seterusnya ke Makkatul Mukarramah dengan menaiki Kapal Terbang DUBAI Airlines...
Setelah sampai di Lapangan Terbang di Jeddah, kami semua diarahkan untuk mengangkat barang-barang dan memasukkannya kedalam bas.selepas itu kami semua solat subuh di salah sebuat surau di jeddh seblum kami menyambung perjalnan ke madinah al munauwwarah.......sepangjng perjalnan kami disajikn dengan permndangan yg cukup indah dengan keadaan jln yg lengang........Setelah beberapa jam berada di dalam bas,akhirnya sampai juga kami di Madinatul munawwarah.Semua peserta sangat bersyukur kehadarat ilahi kerana selamat sampai di tanah haram itu.Gembiranyerrrrrrrrrr......kami semua mangangkat barg...ke penginapan kami .......kami dibahagikan bilik masing-masing....setelah semua selesi kami peserta lambaian kaabah 10....pergi menunaikan kewajipan solat jumaat di masjid nabawi.....tidk jauh dari hotel kami.....syukur alhamdulillah kami berpeluang mgunjung raudhah dan makm nabi muhammad.....yng sangat diimpikan oleh semue orang.....terasa sayu hati menandakan kesyukuran kepada ilahi......sepanjng berada di madinah kami sempt ziarah ketmpat yg menarik seperti bukid uhud masjid quba masjid qiblatain,ladg kurma.....kami juga sempat mengadakn usrah bersama pelajar universiti islam madinah al-munauwwarah disana.......
                           dihadapan pintu masuk masjid nabawi
                                                   dihadapan masjid quba'
                                                         di bukid uhud
                         kilang percetakan al-quran terbesr madinah
                                                          perkuburan baqi'
                                             ladang kurma madinah     
setelah tiga hari kami di madinah tibalah masnya untuk kami bertolah ke makkah al mukarramah..........kami bertolak pada pukul 3.330 ptg dari hotel penginapan......kami semua disajikan dengan permandangan yg cukup indah dengan bukit yg berwarna-warni disekeliling....kami berhenti di miqat bir ali untuk kami berniat ehram sgaligus memakai buat pertama kalinya kain ehram......cuak takut terlondeh...hehe...setelah semua peserta lambaian kaabah selesai berniat....kami terus menuju ke tanah haram makkah......setelas beberapa jam ......alhamdullillah kami pon memasuki kawasan tanah haram makkah....kami terus menuju ke hotel ALHARAM untuk chek in......setelah selesai mengangkat barg....kami semua terus menuju ke masjidilharam...untuk melakukan umrah yg pertama....alangkah sayu hati kami apabila melihat kaabah yg sebelum ini hanya dapt dilihat di kaca televesyin...dapat dilihat di hadapan mata kami sendiri....tangisan air mata tidak dapt ditahan lagi.....melihat kebesaran ilahi....

Sekolah kami telah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama seorang sheikh di Mekkah. Kami bersyukur dapat dapat berjumpa dengan beliau kerana beliau merupakan salah seorang sheikh qiraat yang terkenal di Mekkah. Kami juga diberi nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau mengenai ilmu qiraat dan juga mendoakan kami berjaya di dunia dan di akhirat
                                                       di hadapan kaabah



Kembara Huffaz Slideshow: Me’s trip from Jeddah, Saudi Arabia to Kuala Lumpur, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.